- Pelajar diminta senyap apabila memasuki perpustakaan
- Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku
- Pelajar tidak dibenarkan makan,minum atau tidur di dalam perpustakaan
- Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS
- Pelajar dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu dan kaunter
- Pelajar dihendaki memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan
- Pelajar tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa kebenaran
- Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru
- Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar perpustakaan di tempat yang disediakan
Bahan-bahan Perpustakaan
- Pelajar mesti menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan, diconteng atau dirosakkan
- Akhbar atau majalah hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari perpustakaan
- Buku-buku yang selesai digunakan hendaklah diletakkan di tempat yang disediakan
Pakaian
- Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam perpustakaan
- Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke perpustakaan
Peringatan
Tindakan boleh diambil pada pelajar-pelajar yang melanggar peraturan perpustakaan