Tuesday 15 January 2013

Definisi

Pusat Sumber Sekolah adalah pengembangan dari perpustakaan sekolah sebagai tempat untuk koleksi bahan cetak. Pusat Sumber memberi tafsiran kepada peranannya yang lebih luas dengan pelbagai bahan secara keseluruhannya ;

Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik.

Pusat Sumber Sekolah menyediakan maklumat, perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan pengajaran-pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran membaca sepanjang hayat.

No comments:

Post a Comment