Monday 14 January 2013

Objektif Pusat Sumber Sekolah

Kecemerlangan Pendidikan
Meningkatkan mutu pengajaran - pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah

Penggunaan Kemudahan
Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja

Pemupukan Tabiat Belajar
Memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik

Penghasilan Bahan
Membantu pelajar dan guru menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan pengajaran-pembelajaran

Perkhidmatan Pembelajaran
Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza dalam kalangan pelajar

Kemahiran Maklumat
Melatih pelajar mengguna kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran

1 comment:

  1. Tahniah, blog yang manarik dan lengkap. Diharap di kemaskini selalu.

    ReplyDelete