Wednesday 30 January 2013

Peraturan-peraturan Penggunaan Perpustakaan

Disiplin

  1. Pelajar diminta senyap apabila memasuki perpustakaan
  2. Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku
  3. Pelajar tidak dibenarkan makan,minum atau tidur di dalam perpustakaan
  4. Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS
  5. Pelajar dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu dan kaunter
  6. Pelajar dihendaki memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan
  7. Pelajar tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa kebenaran
  8. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru
  9. Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar perpustakaan di tempat yang disediakan
Bahan-bahan Perpustakaan
  1. Pelajar mesti menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan, diconteng atau dirosakkan
  2. Akhbar atau majalah hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari perpustakaan
  3. Buku-buku yang selesai digunakan hendaklah diletakkan di tempat yang disediakan
Pakaian
  1. Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam perpustakaan
  2. Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke perpustakaan
Peringatan
Tindakan boleh diambil pada pelajar-pelajar yang melanggar peraturan perpustakaan

No comments:

Post a Comment